Klik Iklan

Monday 7 May 2012

Mak dan Ayah Syurgaku

Hover Effect

Mak, Ayah..
Ampuni segala dosaku padamu
Halalkan segala makan dan minumku
Aku anakmu yang sering melawanmu
Yang mengengkari perintah dan laranganmu

Mak, Ayah..
Aku pernah membuat kamu menitiskan air mata keranaku
Aku pernah membuat lena tidurmu tidak keruan keranaku
Aku pernah membuat jiwamu resah dan gelisah keranaku
Aku pernah membuat kedegilanku menyakitkan hatimu keranaku

Mak, Ayah..
Aku bangga menjadi anakmu
Aku bangga menjadi darah dagingmu
Aku bahagia di sampingmu ketika muda dan tuaku
Aku bahagia kerana kamu mak dan ayahku

Mak, Ayah..
Terima kasih di atas segala pengorbanan yang kamu lakukan
Terima kasih di atas segala kasih sayang yang kamu curahkan
Terima kasih di atas perhatian, nasihat dan dorongan yang kamu berikan
Terima kasih di atas segalanya yang tak mampu kuungkapkan

Mak, Ayah..
Selagi aku masih bernafas di dunia ini
Selagi itulah kamu akan aku sayangi
Selagi itulah kamu akan aku kasihi
Selagi itulah kamu akan aku jagai

Ya Allah Ya Rahman..
Ampunilah dosa mak dan ayahku
Sayangilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku
Sihatkanlah tubuh badan mereka untuk beribadah kepada-Mu
Jauhilah mereka daripada kesusahan dan azab api neraka-Mu
Amin,amin ya rabbal'alamin.


No comments:

Post a Comment