Klik Iklan

Thursday, 26 February 2015

Checklist barang keperluan ibu dan bayi ke hospital dan di rumah ;)



BARANG BABY:

1.   Drypers (6-7 keping)
2.   Mitten + booties (3-4 pasang)
3.   Selimut
4.   Tuala
5.   Bedak+losyen+syampu+sabun bayi
6.   Baby wipes
7.   Tisu
8.   Minyak telon/Yu Yee
9.   Plastik untuk letak baju kotor
10. Baby cotsheet
11. Topi/bonnet
12. Sapu tangan
13. Kain napkin untuk bedung baby
14. Baju + seluar (3-4 pasang)
15. Barut
16. Kapas muka

BARANG IBU:

1.    Kad pengenalan
2.    Guarantee letter/GL tempat bekerja
3.    Buku pink Klinik Ibu & Anak
4.    Handphone + charger/power bank
5.    Majalah (kalau bosan2 boleh baca)
6.    T-shirt lengan panjang
7.    Kain batik
8.    Sweater
9.    Tudung express
10.  Seluar dalam
11.  Baju dalam
12.  Stokin
13.  Towel mandi
14.  Kelengkapan mandian + bedak + sikat rambut
l5.   Kotex
16.  Termos + mug
17.  Selipar
18.  Plastik untuk letak baju kotor
19.  Minyak panas (untuk betis/tapak kaki)
20.  Nursing bra
21.  Nursing pad
22.  Biskut/oat/nestum
23.  Pack minuman 3in1
24.  Sedikit duit untuk beli kuih muih/makanan masa di dalam wad (selit dalam beg)

BARANG DI RUMAH:

1.   Set breastpump
2.   Besen mandi baby
3.   Bakul/almari pakaian baby
4.   Berus rambut
5.   Set ketip kuku baby
6.   Cotton buds
7.   Baby pin
8.   Bibs
9.   Termometer
10. Botol sembur air
11. Baby detergent/liquid cleanser
12. Hanger baju
13. Penyepit baju
14. Katil baby
15. Set bantal & tilam
16. Bantal karipap
17. Bengkung ibu


Wednesday, 25 February 2015

Persiapan barang untuk bayi pertama As & Firdaus (^_^)




Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dgn limpah kurniaNya kami berdua akan dikurniakan zuriat yang akan lahir tak lama je lagi..insyaAllah duedate pada 30 Mei 2015..harap semuanya baik-baik sahaja..aminnn...

Betapa gembiranya perasaan nak timang cahaya mata tu tuhan je yang tahu..tak sabar pulak rasanya..

Suka sangat dengan Anmum commercial video ni..sweet bangat...hehe..jom layannn...zasssssss



Tahun 2015 ni mak n ayah akan bertambah cucu lagi 3 orang..alang n abang pun bakal dapat anak jugak.. ;) jangan nanti mak n ayah pening sudahla..hikhikhik..mak cukup teruja nak dapat cucu dua orang sekaligus..duedate dgn alang pun beza cuma 2 minggu je..taktaula siapa yang bersalin dulu..

Segala kelengkapan baby sebelum nak bersalin dahpun dibuat awal2..walaupun tak berapa nak complete lagi..tapi takpe..bak kata pepatah melayu, "sikit-sikut,lama-lama jadi bukit.." Sebenarnya taknak kelam kabut last2 minit..lagipun kalau dah sarat nanti, mesti dah tak larat nak berjalan ke sana sini, beli itu ini..setuju tak?? ;)

Okay, jom tengok barang-barang yang telah berjaya dikumpul setakat ini..hihihi


1st time shopping barang baby kat The Store Kamunting..mak yang belanja..hehehe..thanx mak ;)


shopping dengan alang kat Taiping Mall








Opah bagi seorang RM200 untuk beli kelengkapan bakal cicitnya..hehehe..thanx opah ;)


tempat shopping barang baby paling best ialah Sogo ;)
en. suami siap bleh round semua tingkat dalam Sogo ni tapi bini dia tak abih-abih lagi menyopping barang baby..
Tajaan  keseluruhan oleh en. suami..hehehe..thanx sayang ;)


sempat lagi shopping sebelum balik ke Taiping ;)

Baju baby tom ni alang yang hadiahkan..hehehe..thanx alang ;)


Beli breastpump secara online di Facebook "Sayang Ibu"
https://ms-my.facebook.com/sayangibuenterprise

26/2/15 bersama alang ke Taiping Mall untuk settlekan semua list barang yang kena beli..mata ni pantang nampak baju baby..ada saja yang nak ditambahnya..hehe..

basuh semua baju,seluar,mitten,booties,bib,towel,blanket & bonet menggunakan produk nih..sangat wangi okeh..hehehe ๐Ÿ‘๐Ÿ’ž๐Ÿ’•

Thursday, 22 January 2015

Resipi Bibik : Nasi Arab Special

Lama betul lah tinggalkan blog ni..sampai bersawang2 lah jadinya..hehe
Ok..kebetulan baru saja merasai kenikmatan dan kelazatan Nasi Arab yang dimasak oleh Bibik Ating ni, saya sharekan resipi Nasi Arab ni untuk pengetahuan kita bersama..mmg sedap..tak rugi kalau mencubanya ;)

Bibik Ating ni dh berpengalaman hampir 20 tahun tinggal di Riyadh, Arab Saudi dan menjadi tukang masak serta tukang jahit kepada menteri di sana..

*credit to Bibik Ating yg sudi tunjuk ajar cara nk sediakan Nasi Arab ni..


Bahan-bahannya:

1)Seekor ayam yang dipotong empat (kuantiti ayam terpulang pd masing-masing)
2)Ayam yang dipotong kecil (seperti nk masak kurma/kari)
3)Bawang merah
4)Bawang putih
5)Halia
6)Bunga cengkih
7)Kulit kayu manis
8)Buah pelaga
9)Biji lada hitam
10Buah tomato
11)Bendi
12)Kunyit hidup
13)Lobak merah
14)Kobis ungu
15)Timun yang kecil dan hijau (rangup)
16)Cili besar
17)Lemon
18)Garam
19)Perisa faiza/ lain-lain
20)Beras basmati
21)Minyak
22)Marjerin
23)Minyak zaitun
24)Mayonis
25)Yogurt
26)Gula putih
27)Daun ketumbar

Untuk Penyediaan Nasi

1) Panaskan minyak.

2)Tumis bawang putih (sebiji sebiji tanpa dibelah), bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan lada hitam.

3)Masukkan ayam (potongan yang besar). Biarkan seketika.

4)Masukkan air ke dalam ayam. Air rebusan ayam tersebut adalah untuk dibuat bersama nasi yang akan dimasak.

5)Masukkan garam dan perisa faiza.

6) Ayam tersebut ditapis dan diasingkan.

7) Basuh beras basmati

8)Masukkan air rebusan ayam yang sudah mendidih

9) Apabila beras di dalam rice cooker mulai menggelegak, taburkan kunyit di bahagian atas beras sahaja (untuk nampakkan dua warna..kuning + putih)

Untuk Penyediaan Ayam Panggang

1)Panaskan minyak

2)Tumis bawang merah, bawang putih dan kunyit (semua bahan ini dikisar)

3)Masukkan garam, perisa dan sedikit air rebusan ayam tadi.

4) Bahan-bahan ini dilumurkan pada ayam yang telah diasingkan tadi. Peapkan seketika.

5)Panaskan kuali dengan marjerin.

6)Masukkan ayam dan panggang.

Untuk Penyediaan Salad Sayur

1)Potong timun. Bijinya dibuang. Potong dadu (kecil-kecil).

2)Potong kobis ungu halus-halus.

3)Potong buah tomato halus-halus

4)Potong cili besar halus-halus

5)Sagat lobak merah halus-halus. Kombinasi warna sayur yang pelbagai akan menyerikan lagi makanan. ;)

Untuk Penyediaan Kuah Salad

1)1 sudu mayonis

2)Sedikit perahan air lemon

3)2 sudu yogurt

4)1 sudu minyak zaitun

5)Secubit garam

6)Secubit gula putih

7)Sedikit lada hitam yang ditumbuk

8)Gaulkan kesemua bahan bersama sayur-sayur yang telah dipotong tadi.

9)Masukkan salad sayur tersebut ke dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih enak.

Untuk Penyediaan Kuah Manis

1)Kisar buah tomato dan daun ketumbar.

2)Masukkan perisa dan air perahan lemon.

3)Masukkan cili api yang dipotong-potong

4)Masukkan sedikit garam.

Untuk Penyediaan Kuah Bamia

1)Tumis bawang merah,bawang putih dan halia yang telah dikisar.

2)Masukkan buah tomato (dalam 6 biji) yang telah dikisar.

3)Masukkan sedikit cili blend.

4)Biarkan ianya pecah minyak.

5)Masukkan ayam (yang dipotong kecil tadi)

6)Biarkan air ayam turun

7)Kemudian baru masukkan air untuk dijadikan kuah

8)Masukkan bendi yang telah dipotong dua bersama cili hijau

9)Biarkan air kering sedikit (untuk jadi pekat)

10)Masukkan perisa, garam dan  lada hitam

11)Masukkan daun ketumbang yang dipotong halus). Sekejap saja.

12)Tutup api.

Tadaaaaaa!!!!! Siappppp!!!!!!! (^_^)










Friday, 27 June 2014

Pengeluaran Duit KWSP Bagi Pekerja Berpencen



Korang dh sah dlm perkhidmatan?? dh dpt surat pengesahan berpencen??Alhamdulillah saya dh dpt semua tu..credit to my lil bro yg menemaniku ke kwsp berdekatan sepanjang petang tu.. ;)

Bila dh tau nk ada duit kan, akal ni bercabang2 nak buat itu nak buat ini..hihihihi..padahal duit xdpt lg..jgn lupa simpan duit tau! (ingatan utk diri sendiri) ^_^

Ok..bila tgk dh clear je slip gaji korang dr potongan kwsp kat blah kanan tu, korang bolehla mengisi borang permohonan utk keluarkan duit kwsp...itupun kalo korang nak keluarkan la..kalo xnk bawak keluar, biar camtu pun xpe..

di bawah ni link utk borang pengeluaran pekerja berpencen utk makluman bersama..cetakan April 2012..borang baru ni lebih simple berbanding borang cetakan tahun sebelumnya..

http://www.kwsp.gov.my/portal/documents/10180/177891/Borang_Pengeluaran_PPB___PPP__Januari_2013.pdf

ni plak link utk korang dapatkan lebih lg makluman lanjut tentang kaedah pengeluaran serta dokumen yang diperlukan bagi pekerja berpencen dan pesara pilihan.. (sebenarnya malas nak taip panjang2..hikhikhik) ;p

http://www.kwsp.gov.my/portal/documents/10180/177891/Risalah_PPB-PPP_Oktober_2012__BM_-1.pdf

link ni diambil dr laman kujie2.com
http://www.kujie2.com/pengetahuan-am/pengeluaran-kwsp-akaun-2.html

Semoga info ini serba sedikit dapat membantu urusan korang ye!! hehe ;)









Wednesday, 16 April 2014

An appointment with Gyneacologist Dr. Ng ~Part 2~

Ada plak part ke-2 eh?? Kali ni berjumpa buat kali kedua dgn Dr. Ng..period pun genap hari ke-7..supposedly dtg blk jmpa Dr. masa hari 1st / 2nd / 3rd period, tp disebabkan Dr. ada hal, maka appoinment pun ditunda pada hari ke-7..

Kali ni bertemankan omak kesayangan den..dia pun ikut masuk bilik Dr. tu.. Antara soalan2 awal yg ditnya oleh Dr:

  1. Bila tarikh datang period??saya jawab 10hb, Khamis..
  2. Dr. tnya period dh kering ke??saya jawab ye..
  3. Darah period byk @ skit??saya jawab byk..
  4. Dr. tanya ada ketulan darah x??saya jawab ada..
  5. Ada rasa sakit perut masa dtg period??saya jawab tak..
  6. Ada masalah buang air kecil/air besar x??saya jawab tak..

Dr. kemudiannya membuat pemeriksaan scan di perut..errr..lngsg xtau pe benda yg tertera kat skrin 2..Dr. just ckp ok,semuanya ok..

Then Dr suruh pembantu dia untuk sediakan penimbang untuk timbang berat badan..haiii..makin naik berat badan ni..jarum timbang tu berebut2 nk pergi ke arah kanan jugak..tensen tul!!

Dr terangkan yg dia akan bg ubat kesuburan selama 5 hari..sebijik sehari sebelum tidur..Dr tnya selalu tidur mlm dlm pukul brapa??saya jawab 11.00.. Dr kata "ok, you boleh mkn ubat ni dalam pukul 9.00 mlm tp you kena consisten mkn ubt ni pukul 9 untuk hari2 berikutnya".




Terasa geli perut lak bila dgr ayat Dr. nih "ok,selepas ini you boleh lah bersama dgn suami..kerap bersama pada 25hb dan 26hb sebab you dh habiskan makan ubat"... (¬‿¬)

Dr. ckp yg dia berharap ubat ni dpt membuahkan hasil..mula nk tersenyom lebor (รด‿รด)
tp tetiba sempat dia bgtau "namun tak semuanya berhasil..ada jugak kemungkinan tak menjadi" (riak muka masa tu---ohhh noooooooo!!!) ( ใค﹏╰)

So kalau next month datang period, dia suruh follow up dgn dia semula..sebaiknya pada hari pertama/kedua/ketiga/keempat period..dia akan gantikan dgn ubat lain.. 

Dan spt biasa nasihatnya :

  1. lebihkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan
  2. kurangkan nasi dan makanan berasaskan tepung
  3. kurangkan makanan berlemak
  4. berat badan jangan naik lg!! (╥﹏╥)
Kali ni caj bayaran yg dikenakan adalah sebanyak RM 85.00..dapatla ubat 5 bijik..hikhikhik..sekian


์›ƒ❤์œ 

Sunday, 13 April 2014

Floating Umbrella Empire Damansara


Image credits: Patricia Almeida

Cantik kan?? c'est magnifique kalo bahasa peghancis nyer...hehe..
Ok..Idea dekorasi payung terapung @ floating umbrella ni sebenarnya berasal dr Agueda, Portugal..
hah??negara Portugal???!!!
terus teringat kawan lama, Cristiano Ronaldo..hihihi.. 



Sekarang ni kat Malaysia pun dh ada floating umbrella nih..korang boleh pergi kat Empire Damansara, Damansara Perdana..bukan Empire Subang tau!! Ingat!!! Jgn keliru di situ..

Empire Damansara ni bersebelahan dengan Bangunan Mustapha Kamal..dekat area2 IKEA n The Curve Damansara k.. ;)

Ni adalah antara gambar-gambar yg sempat kitorang amik untuk tatapan semua..ecewahhhh!!!








pemandangan dr atas

male toilet

ala2 zaman kolonial gitu...







kota yg tenggelam





kawasan parkir kereta

(>‿◠)✌

















Saturday, 12 April 2014

Coin Laundry


≧◔◡◔≦

Teringat zaman blaja kat UPM dolu-dolu..kalo dtg mood mls nk membasuh bju, snang je kaedahnya..ambil mana2 baju kotor, humban je masuk dlm mesin basuh..berbekalkan 5 keping duit syiling lima puluh sen / lima kupang yg besar tu (masa tu harga rm2.50) sumbatla byk mana pakaian pun..mmg mcm gmbr kat bwh ni mmg tahan kena lanyak..hihihi..



Kat Kolej 12 ni 1 blok ada 5 tingkat..so diorg letak 1 unit mesin basuh kat tingkat 2 n 1 unit lg kat tingkat 4..nasibla sapa yg dtg dlu..nk cuci baju pun kena ikut turn..kdg2 ramai, kdg2 xde org pun yg guna mesin 2..

Masa tu tipisla harapan kwn2 kalo nk mintak tukar duit syiling..kecuali kalo duit syiling dh terkumpul lebih, maka blehla tukar..hehehe..dan rupa2nya bkn saya je pengumpul tegar duit syiling lima puluh sen, kwn2 seperjuangan pun berkongsi hobi yg sama!!!  (^◡^ )

Haih laa..panjang lebor lak mukadimahnya..

Ok..lokasi tinjauan untuk entry kali ni diambil di Ampang Selangor..berdekatan dgn rumah jugak..kami suami isteri pernah menggunakan servis ni masa mula2 pindah sini..igt lg..masa 2 baru kawen, kat umah xdak apa pun..perabot pn kurang lengkap.. (︺︹︺)  So bila dh ada mesin basuh, dh xde la g kat laundry ni... (>‿◠)✌

Rasanya xbyk tempat yg menyediakan perkhidmatan ni..kebanyakannya ada di sekitar kL je buat masa ni..tempat lain mgkn ada tp xla sebanyak di kL..

Perkhidmatan coin laundry ni dibuka 24 jam tau..kalo xnk tgu lama, tgh2 mlm skit bleh la pegi..errrr....tp.... xbleh nk jangka jugak..kdg2 tgh2 mlm pn ada je org yg guna mesin ni..semudah ABC lah katakan..sbb 2 permintaan terhadap servis ni semakin meningkat..

gambar ni diambil sekitar jam 11.00 mlm



Korang datang sini just bawak baju kotor untuk dicuci je..xperlu bawak sabun n softlan bagai..sumanya disediakan..dh tersedia ada dlm mesin..tp kalo korang nk bawak pun xjd masalah..kalo suka dgn bau sabun n softener sendiri, bawak je,k..




Xpayah susah ati kalo xde duit syiling..sini siap ada mesin utk tukar duit syiling..mudah betul kan??? 

≥︺‿︺≤




Hah..siap bgtau cara cmna nk guna mesin ni..ikut je step yg dia bg..pilih sama ada nk yg 9kg ataupun 14kg..ikut kuantiti pakaian yg nk dicuci..







 Gambar kat atas ni mesin utk 14kg..pilih je mana2 mesin yg kosong ;)




Lepas dh selesai mesin, blehla beralih ke mesin pengering/dryer pulak..tunggu sampaila siap..pastikan jgn sumbat terlalu byk pakaian..takut2 ada plak yg xkering n masih lembab terutama pakaian yg tebal..sebaiknya gunakan dua mesin untuk pakaian yg byk..




Gambar kat atas ni mesin untuk 9kg..mesin ni kecik skit berbanding dgn mesin 14kg..dryer dia pun comel je kat atas tu..hehee..




Apa pulak fungsi meja kat tengah2 tu??meja tu sebenarnya adalah tempat untuk melipat pakaian setelah semuanya siap dikeringkan..  (✿◠‿◠)



Serba sedikit FAEDAH coin laundry yg dirasakan logik dan diterima akal fikiranku ini :

  1. Pastilah jimat masa dan tenaga kita terutama bg org bujang dan yg sibuk bekerja
  2. Servis ni UNTUNG digunakan bila terdapat byk pakaian yg perlu dicuci..kalo skit2 rasa mcm rugi je..
  3. Sesuai digunakan dikala musim hujan/tengkujuh..masa ni mana nk dapat cahaya matahari sgt..
  4. Sesuai untuk rumah yg tiada ruang ampaian untuk menyidai pakaian..cuci then guna dryer je..
  5. Jimat air dan letrik di rumah..tarif kan dh dinaikkan..hihihihi..

≧◠◡◠≦✌