Klik Iklan

Thursday 22 January 2015

Resipi Bibik : Nasi Arab Special

Lama betul lah tinggalkan blog ni..sampai bersawang2 lah jadinya..hehe
Ok..kebetulan baru saja merasai kenikmatan dan kelazatan Nasi Arab yang dimasak oleh Bibik Ating ni, saya sharekan resipi Nasi Arab ni untuk pengetahuan kita bersama..mmg sedap..tak rugi kalau mencubanya ;)

Bibik Ating ni dh berpengalaman hampir 20 tahun tinggal di Riyadh, Arab Saudi dan menjadi tukang masak serta tukang jahit kepada menteri di sana..

*credit to Bibik Ating yg sudi tunjuk ajar cara nk sediakan Nasi Arab ni..


Bahan-bahannya:

1)Seekor ayam yang dipotong empat (kuantiti ayam terpulang pd masing-masing)
2)Ayam yang dipotong kecil (seperti nk masak kurma/kari)
3)Bawang merah
4)Bawang putih
5)Halia
6)Bunga cengkih
7)Kulit kayu manis
8)Buah pelaga
9)Biji lada hitam
10Buah tomato
11)Bendi
12)Kunyit hidup
13)Lobak merah
14)Kobis ungu
15)Timun yang kecil dan hijau (rangup)
16)Cili besar
17)Lemon
18)Garam
19)Perisa faiza/ lain-lain
20)Beras basmati
21)Minyak
22)Marjerin
23)Minyak zaitun
24)Mayonis
25)Yogurt
26)Gula putih
27)Daun ketumbar

Untuk Penyediaan Nasi

1) Panaskan minyak.

2)Tumis bawang putih (sebiji sebiji tanpa dibelah), bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan lada hitam.

3)Masukkan ayam (potongan yang besar). Biarkan seketika.

4)Masukkan air ke dalam ayam. Air rebusan ayam tersebut adalah untuk dibuat bersama nasi yang akan dimasak.

5)Masukkan garam dan perisa faiza.

6) Ayam tersebut ditapis dan diasingkan.

7) Basuh beras basmati

8)Masukkan air rebusan ayam yang sudah mendidih

9) Apabila beras di dalam rice cooker mulai menggelegak, taburkan kunyit di bahagian atas beras sahaja (untuk nampakkan dua warna..kuning + putih)

Untuk Penyediaan Ayam Panggang

1)Panaskan minyak

2)Tumis bawang merah, bawang putih dan kunyit (semua bahan ini dikisar)

3)Masukkan garam, perisa dan sedikit air rebusan ayam tadi.

4) Bahan-bahan ini dilumurkan pada ayam yang telah diasingkan tadi. Peapkan seketika.

5)Panaskan kuali dengan marjerin.

6)Masukkan ayam dan panggang.

Untuk Penyediaan Salad Sayur

1)Potong timun. Bijinya dibuang. Potong dadu (kecil-kecil).

2)Potong kobis ungu halus-halus.

3)Potong buah tomato halus-halus

4)Potong cili besar halus-halus

5)Sagat lobak merah halus-halus. Kombinasi warna sayur yang pelbagai akan menyerikan lagi makanan. ;)

Untuk Penyediaan Kuah Salad

1)1 sudu mayonis

2)Sedikit perahan air lemon

3)2 sudu yogurt

4)1 sudu minyak zaitun

5)Secubit garam

6)Secubit gula putih

7)Sedikit lada hitam yang ditumbuk

8)Gaulkan kesemua bahan bersama sayur-sayur yang telah dipotong tadi.

9)Masukkan salad sayur tersebut ke dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih enak.

Untuk Penyediaan Kuah Manis

1)Kisar buah tomato dan daun ketumbar.

2)Masukkan perisa dan air perahan lemon.

3)Masukkan cili api yang dipotong-potong

4)Masukkan sedikit garam.

Untuk Penyediaan Kuah Bamia

1)Tumis bawang merah,bawang putih dan halia yang telah dikisar.

2)Masukkan buah tomato (dalam 6 biji) yang telah dikisar.

3)Masukkan sedikit cili blend.

4)Biarkan ianya pecah minyak.

5)Masukkan ayam (yang dipotong kecil tadi)

6)Biarkan air ayam turun

7)Kemudian baru masukkan air untuk dijadikan kuah

8)Masukkan bendi yang telah dipotong dua bersama cili hijau

9)Biarkan air kering sedikit (untuk jadi pekat)

10)Masukkan perisa, garam dan  lada hitam

11)Masukkan daun ketumbang yang dipotong halus). Sekejap saja.

12)Tutup api.

Tadaaaaaa!!!!! Siappppp!!!!!!! (^_^)