Klik Iklan

Thursday 19 March 2015

Kebaikan/Manfaat Minyak Jarak/Castor Oil



garisan stretch mark di perut semasa mengandung
Bila tengok gambar perut ibu mengandung yang mengalami strech mark, memang menakutkan.
Daripada pembacaan blog, orang kata kebiasaannya stretch mark ni paling ketara berlaku di bahagian perut yang timbul selepas bersalin. Stretch mark ni jugak takkan hilang dengan sendirinya dan memerlukan rawatan dan usaha untuk hilangkannya. 
 (>~<)

Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang stretch mark ni bolehla rujuk sini:

http://americanpregnancy.org/your-pregnancy/are-pregnancy-stretchmarks-different/

http://perawatan-kulit.com/stretch-mark/

Kawan sepejabat alang mengesyorkan untuk menggunakan 'Minyak Jarak' yang dikatakan dapat mengurang dan menghilangkan kesan stretch mark pada perut. Yang mengujakan tu, dia kata doktor pelik kenapa perut dia takde stretch mark dan rupa-rupanya inilah amalan dia masa mengandung. Hah, apa lagi..terus cari minyak ni kat kedai runcit. Harga cuma RM 3.50 sebotol. Tak mahal pun kan.. Sapu minyak jarak ni kat perut terutama kat bahagian ari-ari kita setiap malam sebelum tidur..minyak ni tak berbau pun dan bila sapu kat perut, kulit terasa lembap je sampai ke pagi. Kulit perut pun taklah terasa tegang tambah-tambah lagi bila perut dah semakin membesar bagai juara, mengembang dan jugak membuncit nih..hehehe..

ni la rupa bentuk minyak jarak tu.. (^_^)
apa itu minyak jarak/castor oil?
http://ms.wikipedia.org/wiki/Minyak_jarak

Antara kebaikan minyak jarak adalah:

* dapat diminum untuk mengubati penyakit dalaman dan dapat digunakan secara luaran untuk merawat kulit dan rambut

* mengatasi kulit kering

* kurap pada kulit kepala

* penyakit arthritis (radang sendi)

* masalah sembelit

* menghitam, menyubur, dan menebalkan rambut serta mengilatkan rambut

* meransang otot-otot usus mengeluarkan kotoran dari dalam tubuh badan

http://hizistore.blogspot.com/2013/03/manfaat-castor-oil-minyak-jarak_5.html?m=1





Thursday 26 February 2015

Checklist barang keperluan ibu dan bayi ke hospital dan di rumah ;)



BARANG BABY:

1.   Drypers (6-7 keping)
2.   Mitten + booties (3-4 pasang)
3.   Selimut
4.   Tuala
5.   Bedak+losyen+syampu+sabun bayi
6.   Baby wipes
7.   Tisu
8.   Minyak telon/Yu Yee
9.   Plastik untuk letak baju kotor
10. Baby cotsheet
11. Topi/bonnet
12. Sapu tangan
13. Kain napkin untuk bedung baby
14. Baju + seluar (3-4 pasang)
15. Barut
16. Kapas muka

BARANG IBU:

1.    Kad pengenalan
2.    Guarantee letter/GL tempat bekerja
3.    Buku pink Klinik Ibu & Anak
4.    Handphone + charger/power bank
5.    Majalah (kalau bosan2 boleh baca)
6.    T-shirt lengan panjang
7.    Kain batik
8.    Sweater
9.    Tudung express
10.  Seluar dalam
11.  Baju dalam
12.  Stokin
13.  Towel mandi
14.  Kelengkapan mandian + bedak + sikat rambut
l5.   Kotex
16.  Termos + mug
17.  Selipar
18.  Plastik untuk letak baju kotor
19.  Minyak panas (untuk betis/tapak kaki)
20.  Nursing bra
21.  Nursing pad
22.  Biskut/oat/nestum
23.  Pack minuman 3in1
24.  Sedikit duit untuk beli kuih muih/makanan masa di dalam wad (selit dalam beg)

BARANG DI RUMAH:

1.   Set breastpump
2.   Besen mandi baby
3.   Bakul/almari pakaian baby
4.   Berus rambut
5.   Set ketip kuku baby
6.   Cotton buds
7.   Baby pin
8.   Bibs
9.   Termometer
10. Botol sembur air
11. Baby detergent/liquid cleanser
12. Hanger baju
13. Penyepit baju
14. Katil baby
15. Set bantal & tilam
16. Bantal karipap
17. Bengkung ibu


Wednesday 25 February 2015

Persiapan barang untuk bayi pertama As & Firdaus (^_^)




Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dgn limpah kurniaNya kami berdua akan dikurniakan zuriat yang akan lahir tak lama je lagi..insyaAllah duedate pada 30 Mei 2015..harap semuanya baik-baik sahaja..aminnn...

Betapa gembiranya perasaan nak timang cahaya mata tu tuhan je yang tahu..tak sabar pulak rasanya..

Suka sangat dengan Anmum commercial video ni..sweet bangat...hehe..jom layannn...zasssssss



Tahun 2015 ni mak n ayah akan bertambah cucu lagi 3 orang..alang n abang pun bakal dapat anak jugak.. ;) jangan nanti mak n ayah pening sudahla..hikhikhik..mak cukup teruja nak dapat cucu dua orang sekaligus..duedate dgn alang pun beza cuma 2 minggu je..taktaula siapa yang bersalin dulu..

Segala kelengkapan baby sebelum nak bersalin dahpun dibuat awal2..walaupun tak berapa nak complete lagi..tapi takpe..bak kata pepatah melayu, "sikit-sikut,lama-lama jadi bukit.." Sebenarnya taknak kelam kabut last2 minit..lagipun kalau dah sarat nanti, mesti dah tak larat nak berjalan ke sana sini, beli itu ini..setuju tak?? ;)

Okay, jom tengok barang-barang yang telah berjaya dikumpul setakat ini..hihihi


1st time shopping barang baby kat The Store Kamunting..mak yang belanja..hehehe..thanx mak ;)


shopping dengan alang kat Taiping Mall








Opah bagi seorang RM200 untuk beli kelengkapan bakal cicitnya..hehehe..thanx opah ;)


tempat shopping barang baby paling best ialah Sogo ;)
en. suami siap bleh round semua tingkat dalam Sogo ni tapi bini dia tak abih-abih lagi menyopping barang baby..
Tajaan  keseluruhan oleh en. suami..hehehe..thanx sayang ;)


sempat lagi shopping sebelum balik ke Taiping ;)

Baju baby tom ni alang yang hadiahkan..hehehe..thanx alang ;)


Beli breastpump secara online di Facebook "Sayang Ibu"
https://ms-my.facebook.com/sayangibuenterprise

26/2/15 bersama alang ke Taiping Mall untuk settlekan semua list barang yang kena beli..mata ni pantang nampak baju baby..ada saja yang nak ditambahnya..hehe..

basuh semua baju,seluar,mitten,booties,bib,towel,blanket & bonet menggunakan produk nih..sangat wangi okeh..hehehe 👍💞💕

Thursday 22 January 2015

Resipi Bibik : Nasi Arab Special

Lama betul lah tinggalkan blog ni..sampai bersawang2 lah jadinya..hehe
Ok..kebetulan baru saja merasai kenikmatan dan kelazatan Nasi Arab yang dimasak oleh Bibik Ating ni, saya sharekan resipi Nasi Arab ni untuk pengetahuan kita bersama..mmg sedap..tak rugi kalau mencubanya ;)

Bibik Ating ni dh berpengalaman hampir 20 tahun tinggal di Riyadh, Arab Saudi dan menjadi tukang masak serta tukang jahit kepada menteri di sana..

*credit to Bibik Ating yg sudi tunjuk ajar cara nk sediakan Nasi Arab ni..


Bahan-bahannya:

1)Seekor ayam yang dipotong empat (kuantiti ayam terpulang pd masing-masing)
2)Ayam yang dipotong kecil (seperti nk masak kurma/kari)
3)Bawang merah
4)Bawang putih
5)Halia
6)Bunga cengkih
7)Kulit kayu manis
8)Buah pelaga
9)Biji lada hitam
10Buah tomato
11)Bendi
12)Kunyit hidup
13)Lobak merah
14)Kobis ungu
15)Timun yang kecil dan hijau (rangup)
16)Cili besar
17)Lemon
18)Garam
19)Perisa faiza/ lain-lain
20)Beras basmati
21)Minyak
22)Marjerin
23)Minyak zaitun
24)Mayonis
25)Yogurt
26)Gula putih
27)Daun ketumbar

Untuk Penyediaan Nasi

1) Panaskan minyak.

2)Tumis bawang putih (sebiji sebiji tanpa dibelah), bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan lada hitam.

3)Masukkan ayam (potongan yang besar). Biarkan seketika.

4)Masukkan air ke dalam ayam. Air rebusan ayam tersebut adalah untuk dibuat bersama nasi yang akan dimasak.

5)Masukkan garam dan perisa faiza.

6) Ayam tersebut ditapis dan diasingkan.

7) Basuh beras basmati

8)Masukkan air rebusan ayam yang sudah mendidih

9) Apabila beras di dalam rice cooker mulai menggelegak, taburkan kunyit di bahagian atas beras sahaja (untuk nampakkan dua warna..kuning + putih)

Untuk Penyediaan Ayam Panggang

1)Panaskan minyak

2)Tumis bawang merah, bawang putih dan kunyit (semua bahan ini dikisar)

3)Masukkan garam, perisa dan sedikit air rebusan ayam tadi.

4) Bahan-bahan ini dilumurkan pada ayam yang telah diasingkan tadi. Peapkan seketika.

5)Panaskan kuali dengan marjerin.

6)Masukkan ayam dan panggang.

Untuk Penyediaan Salad Sayur

1)Potong timun. Bijinya dibuang. Potong dadu (kecil-kecil).

2)Potong kobis ungu halus-halus.

3)Potong buah tomato halus-halus

4)Potong cili besar halus-halus

5)Sagat lobak merah halus-halus. Kombinasi warna sayur yang pelbagai akan menyerikan lagi makanan. ;)

Untuk Penyediaan Kuah Salad

1)1 sudu mayonis

2)Sedikit perahan air lemon

3)2 sudu yogurt

4)1 sudu minyak zaitun

5)Secubit garam

6)Secubit gula putih

7)Sedikit lada hitam yang ditumbuk

8)Gaulkan kesemua bahan bersama sayur-sayur yang telah dipotong tadi.

9)Masukkan salad sayur tersebut ke dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih enak.

Untuk Penyediaan Kuah Manis

1)Kisar buah tomato dan daun ketumbar.

2)Masukkan perisa dan air perahan lemon.

3)Masukkan cili api yang dipotong-potong

4)Masukkan sedikit garam.

Untuk Penyediaan Kuah Bamia

1)Tumis bawang merah,bawang putih dan halia yang telah dikisar.

2)Masukkan buah tomato (dalam 6 biji) yang telah dikisar.

3)Masukkan sedikit cili blend.

4)Biarkan ianya pecah minyak.

5)Masukkan ayam (yang dipotong kecil tadi)

6)Biarkan air ayam turun

7)Kemudian baru masukkan air untuk dijadikan kuah

8)Masukkan bendi yang telah dipotong dua bersama cili hijau

9)Biarkan air kering sedikit (untuk jadi pekat)

10)Masukkan perisa, garam dan  lada hitam

11)Masukkan daun ketumbang yang dipotong halus). Sekejap saja.

12)Tutup api.

Tadaaaaaa!!!!! Siappppp!!!!!!! (^_^)